Thursday, May 20, 2010

Dunia Itu Ilusi



Dunia ini adalah Ilusi belaka. ketika anda menganggap seberapa pentingkah wang dalam hidup anda? Apa yang dapat anda miliki dengan wang anda? Apakah manfaat dari perjalanan hidup kita? Pada dasarnya keperluan utama manusia hanyalah makanan, tempat tinggal dan pakaian. Makanan hanyalah perantarauntuk memenuhi syarat bagi pertumbuhan dan perkembangan organ tubuh kita, tempat tinggal diperlukan untuk melindungi diri dari proses alam semesta seperti panas cahaya matahari, dan turunnya air hujan, dan pakaian melindungi organ tubuh manusia dari segala sesuatu yang membahayakan. Untuk mendapatkan keperluan pokok itu kita semua memerlukan berbagai macam perantara yang hanya berfungsi sama, yang bertujuan akhir pada ketiga pokok tersebut. Salah satu contohnya adalah wang. Sebenarnya kita tidak memerlukan wang, dan karena wang bukanlah keperluan utama manusia, wang dianggap sangat penting untuk memenuhi keperluan utama tersebut kerana merupakan sebuah perantara yang sudah dianggap nyata mampu memenuhi keperluan manusia. Dalam sebuah kehidupan begitu juga dalam dunia bisnes, tujuan akhir harus diciptakan, yang akhirnya sebuah ilusi menjadi sangat mendukung untuk mencapai tujuan akhir tersebut. Anda tidak akan pernah merasakan secara nyata apa yang anda gunakan atau alami dalam hidup anda kerana semua itu hanya perantara yang sesungguhnya bukan tujuan anda memilikinya pastikan tujuan utama dalam hidup anda.


2 comments: