Sabtu haritu 3 Mac terus aku dilenakan oleh cerita Taare Zameen Par (setiap anak adalah istimewa) lakonan abang macho ketot kita Amir Khan, bukan Amir Raja Lawak eh..Im Sorry~ Aku mula layan kejap sementara nak menunggu ulangan Raja Lawak 6 pukul 2:30pm last2 habis terus aku layan cerita tu sebab cerita dia bukan lah mcm cerita vanilla & cokelat lah ape lah yg tak ada bagi apa2 input pada aku. Lakonan mantap oleh budak yg seakan Suarez tu (ala2 jongan sikit.hehe) memang menjadi. Aku pun mula ingat budak ni ada penyakit ke macam terencat akal yg duk sekolah dekat pendidikan khas tu tapi rupa2nya dia adalah salah seorang yg dikatakan Disleksia. Nasib ada seorg cikgu ni (lakonan Amir Khan) yg nampak masalah budak ni dan dia bersungguh untuk cuba menyelesaikan masalah pembelajaran budak ni dan dia nampak kelebihan pada budak ini adalah pada seni. Kalau korang semua tengok boleh meleleh sikit lah airmata tak banyak pun air hingus yg keluar.haha. Ada masa korg tengok lah dekat youtube. Aku kasi info sikit pasal disleksia yg diambil dari wiki.
DISLEKSI - berasal dari perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.
Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan disleksia.
Masalah Disleksia adalah berbeza dengan Afasia, yang merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh kerosakan saraf otak, dengan itu akan melumpuhkan kebolehan seseorang untuk berkomunikasi.
Perkataan disleksia diambil daripada istilah Yunani, dys yang bermaksud 'sulit dalam...' dan lex (diambil daripada legein) yang bermakna 'bercakap'. Secara kesimpulannya, disleksia bermakna menderita kesukaran yang berhubungan dengan kata atau simbol-simbol tulisan.
Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan. Ibu bapa mempunyai banyak pilihan untuk memberi pendidikan berterusan kepada anak-anak dengan memilih menghantar mereka ke sekolah biasa yang mempunyai kelas khas disleksia seliaan JPN atau mendapatkan nasihat daripada JKM untuk menghantar anak-anak ke Pendidikan Khas. Kanak-kanak ini akan diberikan bimbingan dengan betul untuk berdikari tanpa memerlukan bantuan ibu bapa apabila dewasa.
Di Malaysia, kanak-kanak yang telah disahkan disleksia boleh mendaftar sebagai orang kurang upaya (OKU). Mereka mempunyai kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan memperoleh bantuan RM150 sebulan daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) kerana mengikuti kelas pemulihan di bawah seliaannya.